Announcement: Site Upgrade to "We Are The World"

Hello everyone, its great to see you all on this site. We are really appreciate your comment and visit to our page. Since that we have few of people contributing to the post on this blog, we have come in one voice to upgrade this blog to a new dimension.

We as a team had agreed to upgrade this site to everyone. Which mean, we will not only blogging about kadazandusun, but we are also blogging about things that happen around the globe.

This Upgrade will take effect by the end of this year-2009.

The New name for this site will be "WE ARE THE WORLD"

Thanks, and stay tune with us because there will be more great stories to be written on this very page.

Have a great day and may fortune always with you all.

Voice of Sabahan-Part 2

>> Wednesday, October 28, 2009

Takkan Momogun hilang di dunia!

Baru-baru ini saya ditanya oleh sahabat saya untuk menghadiri Majlis Makan Malam Momogun di tengah-tengah ibukota Bandaraya Kuala Lumpur. Bila saja saya mendengar nama MOMOGUN, tanpa berfikir panjang, saya mengiyakan pelewaan sahabat saya itu tanpa merujuk kepada jadual saya sebagai pekerja dan pelajar.

Ini semua didorong oleh faktor dalaman dalam hati saya untuk bergaul, berjumpa, berkongsi dan saling dikuatkan melalui nama MOMOGUN. Sebelum majlis itu, saya pernah terfikir bagaimanakah Majlis Makan Malam itu? Siapa yang menghadirinya? Program apa? dan banyak lagi..

Apabila tiba waktunya Makan Malam Momogun ini, saya sangat teruja untuk menghadiri majlis ini. Saya sentiasa melihat jam di tangan saya kerana saya merasakan cukup lambat masa berjalan sehingga pada acara Majlis Momogun ini berlangsung.

Setibanya saya dalam majlis ini, saya dihidangkan dengan tarian modern dari pelajar-pelajar UiTM sebab saya datang lambat. Dipendekkan cerita, saya sangat gembira kerana dianggarkan ada 100 lebih orang yang menghadiri majlis ini. Saya tidak sabar-sabar menunggu masa untuk menantikan program apa lagi selepas ini yang lebih berunsurkan Momogun seperti mana yang dicatatkan dalam tajuk iaitu Majlis Makan Malam Momogun..
Namun sedikit hati saya terguris bilamana pengerusi penganjur berdiri memberi ucapan. Saya tidak terguris kerana dia yang berucap tetapi hati kecil saya terguris kerana English digunakan sebagai bahasa ucapan.. Dalam fikiran saya sebelum menghadiri majlis ini, saya berpendapat bahawa majlis momogun sudah tentu dihadiri oleh orang-orang momogun dengan bahasa dan budayanya yang tersendiri sebagai identiti momogun itu sendiri.

Lebih mengguriskan hati kecil saya adalah apabila persembahan vokalis (penyanyi) sepanjang majlis ini juga dalam bahasa english. Lalu saya berkesempatan untuk bertemu dan berbual dengan penyanyi ini semasa berbaris mengambil air. Dalam kesempatan itu, saya terus membawa penyanyi ini berbual. Tetapi saya bercakap adalam dusun kimaragang.. Daripada perbualan kami, tahulah saya bahawa penyanyi ini berasal dari Ranau dan orang momougn asli. Tetapi yang memeranjatkan saya lagi adalah dia tidak tahu langsung bercakap dalam bahasa momogun. Apatah lagi bercakap, mengerti dalam bahasa momogun pun tidak.

Lalu hati kecil saya bertanya bahawa, jika ini berterusan maka benarlah kata-kata TAKKAN MOMOGUN HILANG DI DUNIA! Ini belum termasuk lagi dengan orang kita atau momogun yang sudah berkahwin lalu mengajar anak dari kecil lagi dengan bahasa bukan momogun seperti melayu atau english. Saya tidak bermaksud bahawa saya mempunyai cetek pemikiran atau anti kepada bahasa lain selain daripada bahasa momogun! Bukan juga hasrat saya untuk memperkecilkan orang kita dalam hal mengajar anak-anak.

Tetapi saya melihat bahawa jika hal ini berterusan, maka hilanglah bahasa momogun di muka bumi ini. Ini diikuti dengan perkahwinan campur dan melupakan bahasa momogun dalam pengajaran bahasa kepada anak-anak. Ada juga kawan saya bercerita bahawa generasi sekarang ini di kampungnya rata-rata menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa seharian di rumah. Bahkan ada yang sudah tidak mengerti bahawa dusun di kampung sendiri.

Ini belum termasuk kepada generasi seterusnya yang lemah dan tidak mementingkan bahasa ibunda atau momogun! Ini belum termasuk dalam soal budaya. Persoalannya, kenapa hal ini berlaku? Apakah KDCA sebagai persatuan bumiputera Sabah tidak memainkan peranannya sebagai CO-PILOT kepada momogun untuk terus mempertahankan dan memperjuangkan momogun itu atau juga disebabkan oleh orang kita yang tidak mahu bersatu sehingga berpecah parti, persatuan dan fahaman sehingga kepentingan kewujudan momogun itu diabaikan? Atau memang ada gerakan parti, persatuan dan fahaman itu tetapi kaedah dan suara tidak kedengaran atau tidak jelas dalam mempertahankan, memperjuangkan dan memperkembangkan bahasa dan budaya momogun itu.

Apakah yang harus kita lakukan sebagai generasi yang ada ini bagi generasi seterusnya.. Saya ada satu cerita, ada sekeluarga orang kita baru balik dari KL ke kampung. Sepanjang perjalanan ke kampung, anaknya bertanya kepada ayahnya.."ayah-ayah besarnya tebu itu.." Tebu yang dimaksudkan oleh anaknya yang berusia 8 tahun itu adalah pokok-pokok buluh atau bambu yang berdiri segak di tepi jalan ke kampung..
Nah daripada cerita ini, mahukah kita mendengar generasi seterusnya akan bertanya kepada kita bahawa apa momogun itu? oh itukah bahasa momogun? Sedangkan bahasa itu bukan bahasa momogun?

Marilah kita sama-sama merenung sejenak dan fikir-fikir lah..

Source: JGunsalam Blog

0 comments:

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP